Sunday, 22 May 2011

Alignment dan Balancing


Saya dapati kereta saya akan ke kiri jika steering dilepaskan dan steering akan bergegar pada kelajuan 120kmh. Perlu buat alignment dan balancing tayar. Saya teringat satu kedai di Danau Kota, Setapak yang agak bagus buat alignment dan balancing. Nama tokeh kedai William. Dia sendiri akan buat balancing dan alignment. setiap kali lepas selesai balancing dan alignment, dia kan pasti membawa pelanggannya 'jalan-jalan' untuk memastikan allignment dan balancing telah dibetulkan. Rata-rata pelanggan yang datang berpuas hati dengan khidmatnya.

Yup! masalah alignment dan balancing saya dah selesai!

tetapi kosnya agak mahal sedikit kerana tayar besar 19 inci.

Balancing setiap satu tayar = RM20!! x 4 = RM80.00
Allignment = RM60.00
Jumlah RM140.00

Kata William... BMW maaa, Banyak Makan Wang... haha

'Tayar you mahal la, kena selalu mari bikin alignment/balancing, 3 bulan sekali mari lah'.

Haha, pandai-pandai....

No comments:

Post a Comment