Hari ini saya dapat mesej dari iDRIVE - "BRAKE LIGHT RIGHT FAILURE"
Tapi apabila saya suruh anak saya lihat di belakang kereta semasa saya tekan brek untuk melihat lampu brek, ianya masih menyala walaupun dapat mesej di atas. Saya pun terus ke workshop German Mechanic di Desa View, Melawati. Mekanik dapati 1 bulb/mentol bahagian kanan telah terbakar dan perlu ditukar. Saya bertanya kepada mekanik kenapa lampu brek masih berfungsi? Mekanik menjelaskan BMW telah designkan, dari sudut keselamatan, wiring lampu brek sekiranya lampu terbakar, lampu brek akan disalurkan kepada mentol belakang. Jadi, walaupun mentol lampu brake telah terbakar, lampu brek tetap akan berfungsi.
Jumlah keseluruhan kos = RM4.00 (harga untuk mentol)
No comments:
Post a Comment